Sunday, September 07, 2008

I have a guy's brain

This is a tag from my sayang.




Your Brain is 40% Female, 60% Male



You have a total boy brain

Logical and detailed, you tend to look at the facts

And while your emotions do sway you sometimes...

You never like to get feelings too involved



My brain is 60% male!!! hahahaha

To tag:
  • Zamose
  • Along
  • Intan
  • Anem
  • Sue mail
hehehehehe

ps: Zamose, aku dh buat yg manga tu cume tak tau nak post cmne

Saturday, September 06, 2008

A Walk in the Memory Lane

This entry is dedicated to the first batch of SMKAJB.

Korang mesti dah lama tak pergi sekolah kan? Beberapa minggu sebelum bulan puasa, aku ambik kesempatan pergi ikut Yan pergi rumah mak dia kat JB. And since semua tau yang mak dia pengetua sekolah tu sekarang n aku mengambil kesempatan untuk merayau-rayau di area sekolah.

Sungguhla aku envy tengok budak-budak seolah tu sekarang. Sekolah dah cantik, bangunan ada tambah lagi satu, wakaf pun dah bertambah.

Ingat tangga 'harapan' yang ni? Tangga dari kawasan dewan naik ke surau yang zaman dulu dah makan beberapa ramai mangsa sebab dulu tak ada railing langsung? Berapa ramai student (aku pun termasuk dalam korum tu) termasuk sekali dgn parents yang tergelincir jatuh sebab tangga tu curam gila? Sekarang sure dah tak seramai dulu yang jatuh sebab railing dah ada. Kalau jatuh jugak, tak tau la aku nak cakap apa.

Ingat lagi surau ni? Waktu kita bumbung tu tak ada. Yang ada cuma walkway aje. Waktu yang paling best aku ingat time kita, kalau hujan, instead of gunakan jalan belakang, semua main redah aje hujan sebab malas nak pusing jauh. Time tu semua lari aje dari tepi surau ke tempat berbumbung. Sekarang ni bukan setakat bumbung aje, kotak untuk pokok pun dah ada.

Cuba teka ni kat mana?

This, my dear ialah Aspuri kita. Time ni Aspuri kunci so aku cuma blh ambil gambar dari gate aje. Pokok yang ditanam time kita of course la dah besar sangat. Yang gambar belah atas tu la terletaknya bilik warden, Common Room yang dikasihi - tempat kita seludup pukul 3 pagi tengok MTV, hahaha.

Tengok, dah ada direktori lagi. Hebat tak hengat. Ingat lagi Study Room kat ground floor tempat kita lepak n buat homework dulu? SR tu dah ditukar jadi dorm. Dorm Iqlima dgn Masyitah dah turun kat ground floor. Yang lain masih lagi kekal kedudukan dia kecuali ada 2 dorm baru - dorm Hawa & Zulaikha. Maknanya makin ramai le student kat sini.

Ni pulak kat mana?

Kalau korang teka kat Dewan Makan, tepat sekali!!!!! Yang bahagian atas tu tempat kita dulu beratur ambil makanan. Tengok, siap ada cermin hitam tu. Yang bawah pulak bahagian belakang dewan yang dulu kosong. Dah convert jadi stage untuk formal dinner for teachers. Cuba korang tengok lampu tu. Time kita lampu perdarfluor biasa aje.

Tu gambar close up lampu dengan sinki. Dah tukar kaler dah. Renovate habis. Yang tak ubah cuma lantai dewan makan yang masih lagi melekit kat kaki, yuck! That never change, hahaha. Tapi aku tak gemar sangat cara susunan meja makan sekarang. Time dulu lagi senang sikit nak access.

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi dalam banyak-banyak gambar, gambar ni lah yang buat aku terharu sangat sangat.

Korang abaikan arca hidup kat tengah tu. Ingat lagi mural ni? Inilah mural yang Isem, Rai, Nofie, Zai dgn Kherry buat waktu sekolah baru bukak dulu. Ada lagi mural ni, masih lagi dalam keadaan yang baik. Aku lupa tahun berapa derang buat ni... tahun 96 ke? Lepas kita abis PMR? Waktu tu kita semua masih lagi KTAMian. Hmm tapi Isem masuk waktu SMKAJB so maybe 97 atau 98 kot. Anyway, mural ni lah peninggalan first batch kat sekolah tu yang masih ada. Cikgu Nurizah masih lagi ada kat sekolah tu so maybe dia pun sengaja tinggalkan mural ni.

Untuk batch SMKAJB sekarang, maybe korang ade yang countdown nak abis sekolah. Mungkin ada rules yang pada korang tak masuk akal, ada cikgu yang korang tak suka tapi bila dah masuk u atau kerja nanti, rules yang pelik tu lah yang korang ingat sampai bila-bila and kawan-kawan yang korang dah kenal dalam masa 5 tahun tu lah jadi kawan yang korang still akan ingat sampai bila bila. Savour thy school time, love thy friends and respect thy teachers.

Untuk kengkawan aku, ingat lagi Pesta Denda time kita form 2 kat KTAM? Hahahaha.