Saturday, November 26, 2005

Adik Saya

Image hosted by Photobucket.com
Dari kiri ke kanan - sepupu saya, adik saya

Saya ada seorang adik. Nama dia Nabhanuddin tetapi kami sekeluarga memanggil dia A'an kerana nama dia panjang. Adik saya kata tak ramai orang selain dari ahli keluarga kami tahu menyebut nama dia. Kebanyakan orang yang baru kenal dia memanggil dia Nabanuddian, bukan Nab-hanuddin dan secara kebetulannya, orang yang tahu menyebut nama dia pada kali pertama adalah kawan karibnya.
Adik saya suka komputer. Dia suka bermain dengan alat permainan komputer dan alat permainan lain yang melibatkan skrin monitor seperti permainan PS2. Oleh sebab itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Multimedia dalam bidang multimedia kreatif. Selain daripada itu, hobinya ialah mengacau sepupu kami yang kami panggil dengan panggilan mesranya Baby yang berumur 4 tahun kerana Baby sangat takut pada A'an.
Hari ini adalah 26 November 2005. Adik saya telah dilahirkan pada 26 November 1987 jadi hari ini adalah hari lahirnya yang ke 18. Happy belesday, hihihi

P.S: Feel free nak beri markah, hahaha

No comments: